SK Wellness Centre Sdn Bhd ditubuhkan pada 10 Februari 2025 dan kini beroperasi di depan Mydin Meru, Ipoh â lokasi yang mudah diakses dan strategik untuk semua pelanggan.
Kami menyediakan rawatan tradisional Melayu yang memberi fokus kepada kesihatan badan dan ketenangan jiwa. Dengan slogan kami, "Dari Kaki ke Jiwa ", kami percaya bahawa kesihatan menyeluruh bermula daripada kelegaan fizikal yang membawa kepada ketenangan dalaman.
Kami menawarkan persekitaran yang bersih dan selesa, serta pasukan terapis berpengalaman yang komited untuk memberi rawatan terbaik kepada setiap pelanggan. Kami juga mengamalkan pengurutan lelaki untuk lelaki dan wanita untuk wanita, demi menjaga keselesaan dan keharmonian pelanggan.
SK Wellness Centre Sdn Bhd mengutamakan pengurutan untuk rakyat Malaysia, dengan pendekatan budaya tempatan yang mesra dan penuh pemahaman. Selain itu, kami turut menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang menghadapi masalah penglihatan sebagai satu usaha inklusif dalam memperkasakan komuniti.

Visi kami adalah untuk menjadi pusat terapi tradisional pilihan utama di Perak, serta dikenali di seluruh Malaysia sebagai tempat rawatan yang menjaga kesejahteraan fizikal dan mental secara semula jadi.
Membantu lebih ramai orang menjauhi kesakitan dan meraih semula kehidupan sihat melalui pendidikan berterusan, membantu setiap orang mempelajari bahawa pencegahan lebih baik daripada rawatan.
100 Pusat
Membina 100 pusat terapi kesihatan.
1,000 Ahli Terapi Profesional
Melahirkan 1,000 ahli terapi profesional.
1 Juta Penerima Manfaat Kesihatan
Memberi manfaat kesihatan kepada 1 juta orang.
Kami menyediakan pelbagai jenis rawatan tradisional yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antara rawatan yang ditawarkan ialah:
Urutan Tradisional Melayu untuk badan dan kaki bagi melegakan lenguh dan melancarkan peredaran darah.
Rawatan Atur Tulang membetulkan posisi tulang belakang yang bengkok atau tidak seimbang.
Tradisional Bekam Angin bagi mengurangkan keletihan dan meningkatkan kesegaran badan.
Urutan Tradisional Kaki untuk merangsang titik-titik refleksi dan membantu keseimbangan tubuh secara semula jadi.